Khamis, 23 Disember 2010

Hilang sementara dalam kesamaran waktu..


24 Disember 2010..

rasanya dah lama tak jenguk blog ini.. seminggu.

atau mungkin lebih sedikit..



Alhamdulillah, dalam masa yang samar itu,

Allah masih beri aku peluang untuk menghirup udara.

masih diberi peluang untuk berjalan di atas muka bumiNya.

Masih diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifahnya..




Dalam waktu yang samar ini,

Allah telah menduga aku dengan kesakitan,

kemalangan...

dilanggar lori,

tapi masih ALLAh beri aku umur yang panjang....

alhamdulillah..

Ujian ini memang menguji fizikal aku,

sakit, pedih, menahan segala rasa dari mengalir keluar....

sesekali terasa ujian ini berat, dan hampir mengalirkan mata..

tapi aku tau ujian ini masih terlalu ringan

jika dibandingkan dengan orang lain...




dalam waktu yang samar ini juga,

aku turut diuji dengan ujian perasaan..

berat, lebih pedih dari cubaan biasa...

dan ujian ini memang membuatkan aku rasa lelah,

lemah, lemas ....

ibarat bernafas dalam jiwa hamba...




Ya Allah,

Sesungguhnya aku cuma manusia biasa,

tak terlepas dari pelbagai cubaan dan dugaan...

sesungguhnya Kaulah Maha Pengampun...

Selasa, 14 Disember 2010

Syirik melalui Tugu?


sekadar nak kongsi info. selamat membaca......... wallahualam.....

Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya
ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah
kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan
fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram
....
ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. '
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu
menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet
tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan
Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...
' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita
'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan
mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di
mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ' Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya
mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri .
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIwM) .

wallahua'lam..

#petikan dari emel... tapi apa pun mereka yang menolak hukum yang telah Allah turunkan maka dia termasuk dalam golongan kafir( boleh rujuk Alquran tetang ayat mereka yang menolak hukum ketetapan Allah). semoga Allah melindungi kita.

Isnin, 13 Disember 2010

CARA KENAL KEAIBAN DIRI


Biasa saja kita mengungkapkan keaiban orang lain sama ada sengaja atau tidak. Namun adakalanya kita perlu menyelak tabir diri, mencari berapa banyak keaiban yang ada pada diri. Jadi mari kita kenal keaiban itu dengan beberapa cara.

1. Hampirkan diri pada guru atau orang berlimu yang dapat menyingkapkan sifat-sIfat buruk yang bersarang dalam diri manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2. Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya. Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatinya.

3. Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4. Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya-adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Kerana setiap mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain.

5. Sebelum melelapkan mata di malam hari, muhasabahlah diri berapa banyak kebaikan dan keburukan di buat. Timbangkan yang mana lebih banyak dibuat.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di ala mini sama sahaja dalam menurut
hawa nafsu, setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat pada diri sendiri. Malah mungkin dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu. Wallahua’lam.

Ahad, 28 November 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah, bertempat di Lembah Uranah, di Gunung Arafah...


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…

Jumaat, 26 November 2010

ONCE AGAIN...


Once again the sun rises brightly,
As if revealing a smile that enlightens the world,
Thus,the birds sing sweetly,
As if thanking the Creator for such wonderful blessings,

With all these wonders,
My hope blooms,
So that my life will be as bright as the sun,
Though there will be times
when the rain will fall,
and the lightning will be heard,
Yet, I won't be afraid to face them all,
For I know,
Those are trials
to test my patience and faith,
Towards the only rabbul a'lamin that exists.


mentari menjengah lagi ,
dgn senyuman menyinari alam ini,
unggas dan burung riang berkicauan,
tanda pujian pd Sang PENCIPTA ,
dan harapanku pula,
agar hidup ini spt senyuman mentari,
walau ada ketika gerimis mengundang,
walau ada ketika guruh kedengaran,
namun takkan kugentar menghadapi,
kerna bagiku,
itulah ujian mendatng menguji kesabaran,
jua taqwaku padamu rabbul a'lamin..........

catatan kembara cinta.. uitm PERAK 2006-8-1

Khamis, 25 November 2010

nasihat seorang sahabat untukku....=) syukran..


in the rainy evening,.....

perjuangan memerlukan jalan panjang zul ...

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka ..... ( taubah : 42 )

jangan lemah

ujian yang datang sesekali meruntuhkan jiwa

memenuhi fikiran

menjadikan memendam rasa

tanpa semua suara yang memahaminya

hanya satu

yang memahami kita

Apabila kita meredhai kehendak-Nya,disitulah kecintaan pun bermula.

kemanisan dirasa.

kekuatan milik-Nya bersama

Menjadi payung dalam irama kesedihan

tongkat sebuah kehilangan

kekuatan pada kebergantungan

kemanisan yang tiada bandingan

semuanya dengan redha kita pada-Nya

segala kelebihan kita milik-nya

kekurangan kita juga milik-Nya

tapi dengan meredhai segala kehendak-Nya

insyaAllah

ia adalah kemanisan yang tiada bandingan

Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (At-taubah : 51)

amik lah peluang ketika jiwa kita meruntun, duduk bersimpuh, lumpuhkan keegoan.. mintalah kekuatan dengan penuh pengharapan

insyaAllah.... Kekuatan milik-Nya bersama


Tika
jiwamu meruntun kesepian, simpuhkan segala kekurangan, lumpuhkan segala
keegoan, mintalah kekuatan dengan penuh pengharapan, dengan janji
ketuhanan untuk memenuhi permintaan insan, kamu tidak keseorangan...

*syukran untuk sahabatku.. moga Allah menthabatkan hatiku dlm IMAN,,,,=)

Rabu, 17 November 2010

JAGA 6 PERKARA....


jaga 6 perkara...

1.Memelihara agama- memelihara supaya kita tidak menjadi kafir, tidak meninggalkan perkara wajib, tidak melakukan perkara haram dan memelihara Silatul Rahim.

2.Memelihara diri- memelihara diri daripada perkara membinasakan dan memudharatkan.

3.Memelihara akal-memelihara akal agar sihat dan suci supaya dapat beribadat kepada Allah SWT.

4.Memelihara keturunan-memelihara zuriat agar tidak terhasil zuriat daripada zina.

5.Memelihara kemaluan-memelihara agar kemaluan tidak mengikut hawa nafsu sehingga boleh menimbulkan fitnah atau tuduhan jahat.

6.Memelihara harta- memelihara agar segala harta kurniaan Allah SWT tidak digunakan ke jalan maksiat.

Isnin, 8 November 2010

surat untuk mak..must read..


Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /1999
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Koleksi Artikel iLuvislam.com

Isnin, 1 November 2010

Diari hidup..


dengan nama ALLAH ,tuhan maha pengasih pengasih lagi maha penyayang..
alhamdulillah,allah masih memberi aku kekuatan utk meneruskan kehidupan. Hari ini, 1 November 2010, 22 zulkaedah 1431, allah masih beri peluang.

Pagi tadi seprerti di penghujung musim sejuk. Ya, seperti di penghujung musim sejuk. Sonata. Matahari redup, dengan hujan yang turun, suhu pun jatuh. Rasanya dalam 25 darjah celcius. Tapi aku tak boleh nak bermain hujan sepertimana main salji diluar negara. Kenapa? sebab hujan, aku ini cepat demam. Ditambah pula dalam keadaan bekerja, kalau tak kerja mungkin saja aku main . Main sampai demam.

Petang, sekitar pukul 5 dan 6, cuaca seperti musim luruh. Autumn. Angin sepoi-sepoi bahasa. Daun pula berguguran. sehelai demi sehelai ditiup angin. Dan angin terus bergemersik, menyanyikan lagu yang mendamaikan jiwa. YA Allah, tenangnya hati ini. Walau aku telah banyak melakukan maksiat, tapi kau masih kirimkan kedamaian di hati ini. Adakah ini tandanya rahmatMu tak pernah putus?

Malam INI? Wallahua'alam,mungkinkah rembulan bersinar, atau dilindungi awan yang gelap? siapa tahu, kerana kita tiada kuasa meramal masa depan, hanya sekadar lintasan masa depan menggerakkan aku utk melangkah.

Sesungguhnya Allah maha Mengetahui..=)

Jumaat, 29 Oktober 2010

jelingan ayah..



Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


#mungkin cerita ini dah berulang kali didengar, tapi moralnya boleh difikirkan bersama. wallahua'lam..=)

Rabu, 27 Oktober 2010

kisah menantu hantu..



Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Selasa, 26 Oktober 2010

Kaum-e-Aad - Miracle of the Qur'an















































Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered a skeletal remains of a human of phenomenal size. This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter , or in Arabic, 'Rab-Ul-Khalee'.
The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed. Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton
.

wallahua'lam.
# catatan admin: mengikut catatan di atas, sebuah pasukan (ARAMCO EXPLORATION TEAM) telah menjalankan pencarian gas bawah tanah di tanah Arab, telah menemui fenomena ganjil IAITU RANGKA MANUSIA BERSAIZ GERGASI, YANG DIPERCAYAI MERUPAKAN SAKI BAKI DARI KAUM ADD(MENGIKUT PENDAPAT ULAMA ARAB SAUDI) YANG MERUPAKAN UMMAT NABI HUD..,
sesungguhnya maha suci ALLAH YANG MENJADIKAN SETIAP SESUATU. Mungkin gambar yang ada ini boleh dikatakan tipu atau benar, akan tetapi apabila ALLAH MENGKEHENDAKI SESUATU TERJADI, MAKA TERJADILAH IA.. Sementelah pula, kalau difikirkan kembali memang tidak mustahil dijadikan manusia terdahulu lebih tinggi, kerana pada masa tersebut teknologi mereka jua telah berkembang, serta peradaban yang tinggi dan dikatakan jua bahawa ketinggian Nabi Adam adalah 60 Hasta.
Hanya Allah yang Lebih mengetahui..
Hamba Yang Khilaf.
3.30 petang.
26 Oktober 2010..
*DARI EMAIL SAHABAT...











Rabu, 20 Oktober 2010

METAMORFOSIS CINTA (syukurilah)..


Dengan Nama ALLAH yang MAHA Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sesungguhnya pada ciptaanNya terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mahu berfikir. Segala Pujian Bagi ALLAH, Tuhan sekalian Alam. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta para ahli keluarga, serta sahabat baginda seluruhnya.
Ketahuilah sekalian sahabat bahawa Allah telah menurunkan hujan yang ditambahi dengan rahmat didalamnya. Nyaman sekali apabila mendengar titisan air hujan yang menitis pada tanah-tanah yang gersang. Sejuk dan menyegarkan. Air hujan itu jua tatkala mengalir memenuhi ruang dan celahan yang merekah lalu membangunkan benih yang memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Dari hujan itu jua maka menyusurlah sungai yang menjadi nadi kehidupan sesetengah makhluk yang menjadikan air sebagai sumber rezeki. Ikan berenang bebas dan mencari makanan, sumber minuman manusia dan haiwan, sumber tenaga janakuasa hidroelektrik kepada manusia dan sebagainya.
Hebat sekali ciptaan ALLAH, beruntunglah bagi mereka yang berfikir dan menggunakan segala yang dikurniakan dengan penuh kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang bagaimana? Iaitu bersyukur, dengan melafazkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Memberi disamping menggunakan nikmat yang diberi kearah kebaikan lagi diredhai. Adakah kita masih leka dan alpa pada nikmat dunia yang menipu ini. Ingatlah sesungguhnya sangat sedikit kita sekalian hamba ini yang bersyukur. Sedangkan syukur itu mampu membuatkan seorang nelayan tersenyum girang walaupun rezeki tangkapannya sedikit. Seorang pekebun takkan mengeluh walaupun tanamannya habis dirosakkan binatang liar, dan penoreh getah sabar saat musim harga getah merudum. Syukur itu membuat si hartawan berzakat, menabur bakti pada yang tak berkemampuan, sedang yang miskin akan sabar dan redha disamping terus berusaha memajukan diri.
JAdi, bersyukurlah kita, saat kita merasakan diri ini lemah ditimpa musibah, masih ada lagi yang lebih teruk ujiannya, tetapi masih lagi mampu tersenyum dan mengucapkan syukur di samping tidak berkeluh kesah, sebaliknya terus meningkatkan yakin dan taqwa pada ilahi. Wallahua’lam. Noktah .

bernafas dalam jiwa hamba..
20 0kt0ber 2010

Ahad, 17 Oktober 2010

METAMORFOSIS CINTA-Kenikmatan cinta dariNYA..


Setiap kita telah diberi peluang untuk meneguk nikmatNya, di dalam secangkir dunia yang hanya mampu menghilangkan dahaga untuk sementara. sedang disisiNya ada akhirat sedang menanti kunjung tiba hamba bagi menimbang segala amal. Ada syurga utk kenikmatan abadi, ada Neraka utk mereka yang membelit cinta dunia dilehernya.

Ketahuilah untuk beroleh nikmat syurga yang hakiki adalah seumpama melalui satu perjalanan yang dipenuhi onak dan duri. sekali melangkah mampu mencalarkan kaki, mampu mencederakan tubuh, mampu mencarikkan jiwa. Sedang neraka itu satu jalan kenikmatan yang telah disalahgunakan utk nafsu yang menipu. langkah dengan penuh sumbang, walau tahu itu bukan kebenarannya.

Sesungghnya dunia itu neraka bagi mukmin, tetapi syurga kepada kafir. andainya para pencinta dunia mengetahui hal keadaan diakhirat kelak, mereka rela menempuhi jalan penuh kesederhanaan demi menemui Sang Pencinta, andai si mukmin tahu bahawa untuk menuju bertemu allah penuh mehnah ujian, maka tatkala itu hati mereka senantiasa redha waima diri terkorban di atas dunia yang fana...

Dan ketahuilah jua hati yang mati takkan mampu mengecapi rasa hubb pada ILAHI, kerana hati yang telah tercemar dgn mazmumah hanya mampu diubati dengan ubat yang telah diturunkan dalam ayat-ayat cintaNya. Apakah hati yang mati mampu bersinar seumpama lu'lu' dari firdausi? takkan terdapat sekelumit rasa pengabadian pada AlKhaliq JIKA hati nan rawan pada cinta dunia , dan seandainya para hati yang mati ini mengetahui bhw nikmat dunia ini seumpama setitis air dijari yang dicelup ke lautan, maka akan menangislah mereka akn betapa kerdilnya diri....

Ketahuilah jua andainya para mahbub merasakan bertuahnya diri kerana dicinta si pencinta, maka beruntunglah kita kerana kasih dan cintaNYA selalu kita rasakan , kerana rahmtnya jua tiada dikira tiap udara yang dihirup, tidak dikira tiap titisan susu ibu yang mengalir, kerana rahmatNYYA sang binatang menyayangi anaknya, hujan terus turun, sungai terus mengalir.



Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segalanya.

hamba yang dhaif.
17 Oktober 2010/ 8 malam.

Selasa, 12 Oktober 2010

METAMORFOSIS CINTA- terlalu kasar cara mengajak,? betulkan..


Dengan Nama Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Ada seketika hati ini pernah berbisik bertanya, betulkah cara aku nak sampaikan kepada orang? Aku nak ajak orang solat tapi kita ajak cara yang kasar? kita ini dah bagus sangat ke ?? Mengajak orang tapi di dalam hati fikir kita terlalu bagus.

kadangkala kita berdakwah ni boleh dikatakan syok sendiri, bila kita tak kenal dgn mad'u kita.. syok sendiri sebab tak tau persekitaran mereka yg kita dakwah. kadangkala kita rasa bagus sangat, tak jaga hati orang lain. Kata nak nasihat orang, tapi main pakai hentam kromo aje. sebab itu ada yang nak peluk islam tak jadi peluk sebab sikap kita sendiri.Malah orang Islam yang nak berbuat kebaikan sendiri akan terencat niatnya tatkala perbuatan baiknya sendiri dicela dan dimaki saudara semuslim itu sendiri.


contohilah nabi,. dgn sebab kelembutan dakwah baginda, berapa ramai yang telah peluk islam, terpesona dgn indahnya islam. Dgn sifat nabi yang berlembut, memaafkan telah menyelamatkan bumi thoif dari murka allah.Dengan sifat Nabi yang pelembut, hidayah ditemukan dengan seorang yahudi buta yang sering menghina baginda



analog mudah, makan itu wajib sebab ia merupakan hak dan keperluan badan kita,dan kita perlu tunaikan agar dapat memberi kemanfaatan pada diri kita. tapi ada ketika jadi haram ketika ia membawa kemudharatan, marah pun begitu, boleh tapi ada tempat dan batasannya.Begitu jua cara didikan, ada masa dan tempatnya, mengikut keperluan yang bersesuaian jangan memaksa kerana HIDAYAH ITU MILIK ALLAH DAN ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB KITA MELAINKAN KITA SENDIRI YANG AKAN MENGUBAHNYA. Akan tetapi kita sebagai agen perubahan penggerak agama JANGAN MUDAH PUTUS ASA MENYAMPAIKAN APA YANG TELAH DISURUH, kerana batu yang keras takkan berlubang jika air tak menitis di atasnya setiap hari. Hati jua pasti akan terkesan sekiranya diperdengarkan dengan nasihat berulang kali.
Berusahalah agar Allah memberi hidayah kepadanya, akan tetapi masih mengekalkan adab sebagai seorang pendakwah, bertindaklah mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tepat yang bertepatan dengan persekitaran, agar dapat disampaikan kepada seluruh manusia.


ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA..
Hamba yang fakir..
5.50 pm..

Isnin, 11 Oktober 2010

kisah ibu....(must read)


Pada suatu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentakan maksimum. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering, dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.
Disebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ, terkapitdi antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.
Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada anggota bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat. Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya. Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya, dalam saki baki nafasnya itu dia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu. Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat….. sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis , rohnya berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan tangisan memanjang dalam episode kasih yang tidak kesampaian……

Jumaat, 8 Oktober 2010

nukilan cinta.



apa rasa air yang berasal dari awan yang putih,
jauh dari suatu ketinggian yang pecah terbelah,
menimpa pinggiran atau pertengahan lembah,
dihembus angin musim dingin dari segala arah..

air dari awan jatuh di lembah itu,
menghembus nafas-nafas yang terasa kelu,
aliran air berhenti di permukaan sana,
tiada celah jika ada orang yang meminumnya,
dengan penuh rasa dia perhatikan yang lainnya,
taqwa kepada Allah dan malu terhadap akibatnya...

min "Raudhah Al Muhibbin Wa Nuzhah Al Musytaqin"
29 sept 2010
12.45 am...
sesungguhnya saat seseorang berkeinginan untuk melakukan dosa, lalu taqwa berjaya menghalanginya. segera dia sedar, malu terhadap Ilahi, segera dia memohon keampunan, kerana dosa yang dirsakan umpama nikmat, merupakan satu ujian kepadanya..
wallahua'lam...

Jumaat, 1 Oktober 2010



jangan bersedih!
sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu utk berburuk sangka, dan hanya akan membuat anda menjadi pesimis.

Jangan bersedih!
sesunggguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan.

Jangan bersedih!
sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik dan ada amalan yang memberikan manfaat.

Jangan bersedih!
dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan sebarang aktiviti. Solatlah,.. bertasbihlah,..bacalah,.. menulislah,..bekerjalah,.. terimalah tetamu,..bersilaturrahimlah,.. dan merenunglah...

jangan kamu mencampakkan diri kelembah kebinasaan..

wallahua'lam..

28 September 2010
1.50 a.m....

Ahad, 19 September 2010

7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN DI AKHIRAT KELAK


7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGA DIAKHIRAT KELAK..
“sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari Qiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naugan Allah iaitu: Pemerintah yang adil,pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata “aku takut kepada Allah”, orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinyatidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingati allah dengan keadaan tidak ada didalam ingatannya perkara lain , lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak sesuai dengan hadis di atas.
1. Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seseorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan , ganjarannya adalah amat besar . Namun sekiranya gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kerana Allah, ini kerana sebaik-baik masa dan semahal mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi,. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyatakan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah dan dikategorikan sebagai suatu sedekah.
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama , adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala,restu dan keberkatan daripadaNya.
5. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan yang kaya lagi rupawan lalu dia menolak dengan berkata “aku takut kepada Allah!”
Ini menunjukkan keimanan dan ketaqwaan yang sebenar Berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ini menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan orang ramai .
7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingaatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar.
Wallahua’lam. Petikan dari buku Malam Pertama di Syurga karya Adil Akhyar , SH,LL.M

Selasa, 14 September 2010

7 keajaiban dunia

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari 'Tujuh Keajaiban Dunia.' Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan 'Tujuh Keajaiban Dunia' ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memerhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, 'Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.'

Pensyarah berkata, 'Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.'

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, 'Saya fikir, 'Tujuh Keajaiban Dunia' adalah,

1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya 'keajaiban'. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai 'biasa'.

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda dan syukurilah ia krn sesungguhnya ia tak ternilai harganya.."

Rabu, 8 September 2010

Facebook | MUHASABAH RAMADHAN

Facebook MUHASABAH RAMADHAN:
"Hari Raya Hari Kemenangan
Hari Kesyukuran Dilimpahi Kemuliaan
Di Lipatan Seni Mehnah
Ada Maksud Murni Yang Lebih Hakiki

Pada Nafsu Yang Dilentur Lapar Dahaga
Pada fikiran Disinar Wahyu dan Sabda
Pada Hati Bersih Di Solat Tarawih
Apakah Semuanya Telah Dimiliki

Puasa Mengajar Erti Ketabahan
Menghadap Ujian Berlandaskan Iman
Puasa Perisai Yang Sangat Maknawi
Penyinkap Hijab Antara Hamba Dengan Illahi

Puasa Sempurna Menahan Rohani dan Rasa
Puasa Sederhana Menahan Indera dan Juga Anggota
Puasa Biasa Hanya Melawan Lapar dan Dahaga
Lalu Di Manakah Puasa Kita
Adakah Masih Di Tahap Lama

Lalu Muhasabah Di Hujung Ramadhan
Sudahkah Terbangun Jiwa Teguh Dan kukuh
Atau Kolam Jiwa Masih Tercemar Keruh
Bersembilu Dosa Duri Angkara

Ketika Bertahmid Bertakbir Bertasbih
Terasakah kIta Hamba Illahi
Yang Hanya Mampu Mengukir Tadbir
Sedangkan Padanya Segala Takdir"

Sabtu, 4 September 2010

METAMORFOSIS CINTA...


METAMORFOSIS CINTA …
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Pernahkah kamu melihat rama-rama? Allah telah mengurniakan rama-rama dengan warna yang cantik , corak yang pelbagai hingga asyik kita melihatnya. Tapi sedarkah kita, bagaimanakah proses transformasi dari seekor ulat yang pada mulanya Nampak pelik, menggelikan dan sebagainya kepada seekor rama-rama yang mampu memukau pandangan.? Bermula dengan telur, kemudian menjadi ulat. Suatu ketika sang ulat ini akan berubah menjadi kepompong atau pupa sebelum berubah ke tahap seterusnya iaitu menjadi rama-rama.
Sebelum menjadi rama-rama yang cantik itu, ia akan melalui beberapa tahap. Biasa saja kita melihat telur rama-rama di dedaunan, atau mungkin sekali dicelah kayu atau dimana-mana. Setelah menetas dari telur, ia akan menjadi seekor ulat. Untuk meneruskan kehidupan, si ulat akan mula memakan daun sehingga digelar makhluk perosak. Selain itu, si ulat ini terpaksa berhadapan dengan pemangsa seperti burung dari menjadi sebahagian rantai makanan. Kemudian tiba saat sang ulat itu berubah menjadi kepompong. Setelah lama “bertapa “ didalam, akhirnya keluarlah sang rama-rama yang cantik, perlahan-lahan dari kepompong. Sedikit demi sedikit sehingga menyerlah sayap yang beraneka warna, memukau tiap mata yang memandang. Maha suci Allah.
Indahkan ciptaan ALLAH itu? Begitulah tamsilan bagi mereka yang mahu berfikir. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjuangan. Perjuangan yang memerlukan transformasi. Perjuangan yang memerlukan sebuah metamorfosis. Metamorfosis cinta kita. Metamorfosis cinta perjuangan kita. Bermula dari bawah. Seperti rama-rama itu, berjuang untuk mencari sesuap rezeki walaupun digelar makhluk perosak sewaktu menjadi ulat. Melindungi diri dari menjadi makanan burung dengan pelbagai teknik dan bentuk pertahanan diri. Malah sewaktu proses transformasi menjadi rama-rama itu sendiri, betapa bersusah payahnya ia mengeluarkan diri dari kepompong sedikit demi sedikit, sehinggalah keluar seekor rama-rama bersama sepasang sayap yang cukup kuat untuk terbang.
Dan kita sekalian sebagai hamba tuhan, sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi kenapa diuji? Disinilah metamorfosis cinta kita berlaku. Adakah dengan ujian itu menjadikan kita seorang hamba yang mampu menghadapi ujian yang telah diberi dengan penuh sabar dan redha, disamping mencari method untuk muhasabah diri dan menjadikan diri lebih kuat bagi menghadapi mehnah mendatang, atau kita akan menjadi seorang hamba yang senantiasa berkeluh kesah dan putus asa dari rahmatNYA, lantas menyalahkan DIA diatas segala kejadian yang kurang menyenangkan kita. Nauzubillah, semoga dijauhkan kita dari menjadi golongan yang kedua itu tadi.
Metamorfosiskan cinta kita. Wallahua’lam,

Rabu, 1 September 2010

pemilik cinta..

dengan nama ALLAH, Pemilik segala cinta.
sesungguhnya cinta itu tak pernah dijadikan buta, tapi MANUSIA senantiasa membutakan hati kerana cinta. Apakah konsep dan definisi cinta yang teragung? Cinta ALLAH. Dlm AYAT2 CINTANYA byk menyebutkan tentang cinta pd hamba2NYA. hmba yang bagaimana? banyak, cinta perjuangan, cinta... org yg bertaubat, mereka yang berbuat baik. Maha Suci ALLAH, PEMILIK SEGALA CINTA.

Selasa, 10 Ogos 2010

EPILOG CINTA RAMADHAN

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur dirafakkan pada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapat aku menghirup nafas lagi. Syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menukilkan arca di atas kanvas dunia ini.

sekarang jam telah menunjukkan 11.30 malam, atau lebih tepat baru beberapa jam memasuki hari baru, tarikh baru. Ya, tarikh baru, 1 Ramadhan 1431. satu lembaran baru, satu catatan baru, satu epilog cinta yang tercipta antara seorang hamba dengan MAHA AGUNG. antara seorang QAIS YANG MERUBAH RASA CINTA KEPADA YANG MAHA PENCIPTA LAILA. Manakan tidak, seandainya LAILA yang diciptakanNYA sudah dikira seumpama bidadari dari syurga,terlalu cantik,terlalu sempurna pada pandangan QAIS, maka selayaknya QAIS MELETAKKAN CINTA PADA PENCIPTA, KERANA YANG MAHA PENCIPTA ADALAH MERUPAKAN YANG MAHA SEMPURNA, YANG MAHA CANTIK BERBANDING YANG DICIPTA. Jadi selayaknya kita merubah rasa cinta yang utama.

Sekarang jam 12.15 pagi, masa terus berjalan, sedang YANG MAHA PENCIPTA AGUNG MENANTI para pencintaNYA MELUAHKAN RASA CINTA. BERTANYA KE MANA PERGI HAMBANYA. Terutamanya di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya masa terus berlalu tapi cintaNYA tak pernah padam. wallahua'lam.

Isnin, 19 Julai 2010

KULIAH CINTA.


KULIAH CINTA.
Cinta lelaki dan wanita”
Teori dan pendirian ulama..
Disunting dari website Islamonline dan diterjemahkan oleh AHMAD SAADUDDIN BIN WAHAB
RUJUKAN- http://www.islamonline.net/Arabic/contemporary/2002/09/article06.shtml/

Pandangan Imam Abu Bakar Muhammad bin Daud Al-Zahiriy
Cinta itu berputik dengan melihat dan mendengar.
Sabda nabi :” jiwa itu umpama tentera yang berkhidmat, berbaik dengan sesiapa yang dikenali, bermusuh dengan sesiapa yang ingkari”
Al-Zahiriy berkata “Istimta” itu ada 2 jenis: Yang diharuskan dan yang diharamkan
Sabda Nabi SAW (IBNU ABBAS) : Sesiapa yang bercinta, dia diamkan, dia jaga kehormatan, dia sabar, Allah ampuninya dan memasukkan dia ke dalam syurga.
Al-Zahiriy menjawab persoalan mengenai orang yang bercinta dengan katanya (berpuisi)
“jika yang dicintai itu menyeksa (jiwa dan jasad) orang yang menyintai, maka penyeksa (yang dicintai ) itu menjadi kenikmatan kepada pencinta.

Teori dan pendirian Imam Ibnu Hazam
Katanya: cinta itu mula-mula gurau/main-main, kemudiannya sungguh-sungguh apabila menemui keserasian.( kullu syai’in yaskunu ila nazirihi) –setiap sesuatu akan selesa dengan yang serasi.c
Firman ALLAH : Dialah yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan ia cipta daripadanya pasangan supaya ia tenang dengannya. Surah Al-A’raf: 189
Katanya: cinta itu bukanlah perkara mungkar dari sudut agama atau terlarang dari sudut syara, kerana hati manusia ditangan ALLAH. Berdalilkan kataUmar al-Khattab di mana seorang lelaki bertanya kepada Umar “Wahai Amirul Mukminin, aku melihat seorang perempuan dan jatuh hati, kata Umar “ itulah sesuatu yang tidak dimilikinya.”

Teori dan Pendirian Imam Ibnu al-Jauzy
Katanya, cinta itu ialahkecenderungan jiwa yangb kuat kepada sesuatu yang serasi dengan kehendaknya. Jika semakin kuat memikirkannya, akan terbayang serta mengharapkannya. Kesungguhan berfikir itu akan menjadikannya sakit.
Katanya lagi, para ulama berselisih pendapat tentang cinta, adakah ia sesuatu yang dipuji atau dikeji.
Sesetengahnya berkata: dipuji kerana ia melibatkan kelembutan fitrah. Sesiapa yang tidak memilikinya, itu adalah kerana tabiatnya yang terlalu kasar/keras. Ia menyinari akal dan menyucikan minda selagi tidak berlebihan/keterlaluan. Jika keterlaluan ia akan bertukar menjadi racun pembunuh.
Sesetengah yang lain berkata: ia dikeji kerana ia mempengaruhi pencinta serta jadikannya sebagai sembahan-hamba cinta.
Beliau berkata, kata putus dalam isu ini ialah cinta dan kasih sayang serta kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat cantik/elok/sesuai/serasi, ia hanya akan member nikmat serta terdorong jika berada bersama orang/sesuatu yang dicintainya.
Manakala pencinta yang melampaui had kecenderungan kasih sayangnya, cinta itu akan menguasai akalnya dan dirinya sendiri untuk bertindak menyalahi tuntutan hikmah, maka ia fikeji serta disisih oleh para hukama’.

Isnin, 28 Jun 2010


3 PERSOALAN ASAS MANUSIA…..

Firman Allah Taala:


Adakah manusia itu mengira bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja (dijadikan sia-sia dengan tidak mempunyai apa-apa matlamat, tujuan dan perhitungan di sisi Allah S.W.T)” Surah Al-Qiamah:36

Setiap manusia yang dilahirkan di atas bumi ini menghadapi tiga persoalan untuk dicari jawapan. Dari mana dia datang, mengapa dia diciptakan dan ke mana kesudahan manusia. Dan sesugguhnya beruntunglah mereka yang telah menjadikan ISLAM sebagai ad-din atau way of life kerana ketiga-tiga persoalan tersebut telah ALLAH berikan jawapannya kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak, telah termaktub jawapan bagi persoalan tersebut di dalam Al-Quranul Karim. So, let’s check this out.

Soalan pertama , iaitu dari mana dia datang telah dijawab oleh ALLAH dalam surah al-HAJ, AYAT 5,

Maksudnya,
“wahai manusia, jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari qiamat, maka (ketahuilah) sesungguhnya kami menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik mani, kemudian daripada seketul darah,kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiaannya dan tidak sempurna kejadiaannya supaya kami terangkan kepada kamu (kekuasaan kami) dan kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang kami kehendaki hingga suatu masa tertentu, kemudian kami keluarkan kamu sebagai anak, kemudian (kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh dan antara kamu ada yang diwafatkan dan sebahagian daripada kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa lagi sesudah tahu.”

Kemudian ALLAH menerangkan lagi dalam surah al-Mukminun, ayat 12 hingga 14 yang bermaksud,

Dan sesungguhnya kami jadikan manusia daripada air yang terasing daripada tanah. Kemudian kami jadika ndaripada setitik mani di tempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian kami jadikan mani itu seketul darah, lalu kami jadikan darah itu, segumpal daging. Kemudian daging itu kami jadikan tulang, lalu tulang-tulang itu kami liputi dengan daging. Kemudian kami jadikan dia satu kejadian yang lain sifatnya. Maha suci ALLAH sebaik-baik pencipta.”

ALLAH Menjelaskan lagi dalam surah at-Tariq, ayat 5 hingga 7 yang bermaksud,

Maka cubalah manusia itu melihat daripada apa yang dia dijadikan? Dijadikan dia daripada air yang terpancar yang keluar dari sulbi laki-laki dan tara’ib (tulang dada perempuan).”

Didalam konteks kenapa dia dijadikan di atas muka bumi ini, ALLAH telah menerangkan di dalam surah ad-dzariyat ayat 56,

“dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaku.”

Pengabdian berlaku dengan mengenal ALLAH, kasih kepada NYA, tunduk, patuh dan mengikut segala ajaran yang diturunkan kepada manusia. Ajaran itu bertujuan menyempurnakan kehidupan manusia. Ia mengikut kedudukan yang layak yang disediakan buat mereka supaya mereka mencapai kebahagiaan yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Pertanyaan yang ketiga, iaitu ke manakah dia akan dikembalikan, diterangkan didalam surah al-Insyiqaq ayat 6,

Wahai manusia, sesungguhnya kamu sudah bekerja dengan beersungguh-sungguh menuju tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya.”

Allah menerangkan lagi dalam surah al-Rum, ayat 11,

Maksudnya:
Allah mencipta manusia daripada permulaan kemudian mengembalikannya (menghidupkannya) kembali, kemudian kepadanya kamu dikembalikan.”

Allah menjelaskan lagi dalam surah al-Zumar, ayat 7,


Maksudnya,
Kemudian kepada tuhanmu kamu kembali, lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang sudah kamu kerjakan.”

Allah menerangkan lagi dalam surah al-Najm, ayat 42

Maksudnya,
Dan hanya kepada tuhanmu kesudahan segala sesuatu.”

Allah berkata lagi di dalam surah al-Alaq,ayat 8,

Maksudnya,
“Sesungguhnya hanya kepada tuhanmu tempat kembalimu.”

Ayat-ayat itu menyatakan, kesudahan manusia itu dikembalikan kepada ALLAH. Mereka akan dihitung dan mendapat balasan atas amalan mereka di dunia. Seterusnya ditentukan tempat yang sewajarnya bagi diri masing-masing. Sesiapa sahaja yang bersih jiwanya dengan iman dan amal soleh, dijanjikan syurga. Manakala kepada sesiapa yang kotor jiwanya dengan kufur dan maksiat, balasannya adalah neraka. Wallahua’lam.

Rabu, 23 Jun 2010

atas nama cinta..


Atas Nama Cinta
Album : Tika Itu
UNIC



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

*lirik yang benar-benar menyentuh perasaan. kenapa? kerana perlunya cintakan SANG PENCIPTA YANG AGUNG. Walau diri sepi hingga hujung nyawa, tapi jangan sepi dari kasih PENCIPTA. sesungguhnya YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG tidak akan mempersia-siakan hambaNYA.
Sebenarnya bila menyebut persoalan cinta ini memang susah. Maaf, saya bukan pakar dalam bab ini, tapi untuk memulakan sebuah cinta, perlu kita mencintai ALLAH DAN RASULNYA TERLEBIH DAHULU sebelum cinta kpd manusia.

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. surah AL-IMRAN AYAT 31.

Nah,ituyang ALLAH janjikan andainya benar kita mengasihi DIA YANG MAHA AGUNG. Sedang ramai manusia tertipu dengan dunia, ALLAH MEMBERI PELUANG, menjanjikan sebuah kebahagiaan didunia dan di akhirat.Bahagia dengan ketenangan didunia, bahagia dengan syurga di akhirat kelak.Itulah janji SANG PENCINTA AGUNG. WALLAHUA'LAM.

Selasa, 22 Jun 2010

tiga remaja yang sengal pulak...

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam punundur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana ....

*tuntutlah ilmu oiii.. kalau tak jadilah macam orang kat atas ni..hahaah

menantu luar biasa....

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah॥ mengucap panjang Pak Haji Dollah। Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..

Isnin, 21 Jun 2010

sesuatu antara waktu..

ada sekalian masa yang telah berlalu pergi, ada sekalian masa yang akan kita tempuhi.
tak mengapa,yang berlalu biarkan terus berlalu, seumpama air yang mengalir pergi, sedang apa yang ada dihadapan kita merupakan perkara yang harus kita tempuhi. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, sedang esolk lagi baik dari hari ini..