bicara sufi...

Khamis, 17 Februari 2011

kembalilah kepada Islam

kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila be...rsama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.
wallahua'lam....

Ahad, 13 Februari 2011

HUKUM MENYAMBUT VALENTINE


HUKUM MENYAMBUT VALENTINE



Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan kekasih, dimana HARI MEMPERINGATI KEKASIH dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Memakai pakaian terbaik, bertukar hadiah, memberi bunga ros,kemudian bercanda ke merata tempat sehingga terjadilah adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih sayang mereka. Kerana itu ulama kerap mengingatkan umat Islam agar menghindari sambutan Valentine Day.



SEJARAH SAMBUTAN VALENTINE DAY



Saat membicarakan tentang Valentine’s Day, terdapat 4 pendapat sejarah berkaitan dengannya.



Pendapat pertama: dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjad pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing . kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut kepada badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut –rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.



Pendapat kedua: dikaitkan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.



Versi pertama : Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara dan diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian tdan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupn telah dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan ajaran Kristian dikalangan banduan-banduan penjara disamping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Claudius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai pengorbanan besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St.Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap pengikut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa bahawa ketika didalam penjara , beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan “From Your Valentine”(daripada Valentinemu). Maka orang-orang kristian mengambil sempena 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian St. Valentine.



Versi kedua: Claudius II beranggapan bahaaw anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu,Claudius II menghalang pemuda dari berkahwin. Namun demikian St. Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Claudius II lalu beliiau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada14 Februari 269 M.



Pendapat ketiga: dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana menganggap agam Islam adalah agama yang zalim.



Pendapat keempat: menyatakan sambutan valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.



Hukum Menyambut Valentine Day

Firman Allah SWT

Bagi tiap-tiap umat, kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan , maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu, dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Surah Al-Hajj ayat 67.



Anas bin Malik r.a berkata : Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain –main di masa jahiliah. Lalu baginfa bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik , iaitu hari raya ‘Idilfitri dan ‘Idiladha. Hadis riwayat Nasaie.



Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai perayaaan telah ditambah didalam calendar umat Islam seperti maulidurrasul, Isra’ Mi’raj, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan lain-lain lagi. Namun demikian amat mendukacitakan apabila umat Islam mula merayakan sambutan hari perayaan yang langsung tiada berkaitan dengan umat Islam sepeti Hallowen, Valentine Day dan sebagainya. Hadis riwayat Imam Abu Daud menyatakan bahawa Nabi bersabda, ’barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.’



Tambahan pula Hari Valentine merupakan satu upacara yang bersangkut paut dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian, justeru itu, bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti tergolong didalam dua golongan tersebut, sesuai dengan sabda Nabi SAW. Apabila seseorang itu merayakannya dengan maksud mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tak disangkal lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersukaria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai golongan yang derhaka terhadap perintah Allah. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan yang bertentangan dengan syara’ seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan member hadiah yang mahal.



Tentang hukum menyambut Valentine Day, Syeikh al-‘utsaimin berkata, “Maka bila dalam merayakan Valentine Day tersebut bermaksud mengenangkan kembali St. Valentine, maka tak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”



Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas semasa sambutan Valentine Da ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah SWT telah memerintahkan kita menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadianya perzinaan. FirmanNya, “Dan janganlah kamu menghampiri zina, , sesungguhnya zina itu adalah satu perbiatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) . surah Al-Isra ayat 32.



Akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (KEWAJA) Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata, “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”



Manakala akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Februari 2011 melaporkan bahawa teks khutbah solat jumaat bagi negeri Selangor menyatakan , berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara sejak 2000 sehingga 2008, sebanyak 257411 sijil kelahiran didaftarkan tanpa nama bapa. Rekod itu menunjukkan betapa ramainya jumlah anak-anak tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh Sembilan tahun tersebut.



Harus kita ingat golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT. Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”



Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Valentine’s Day ini di Negara-negaraIslam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantic lagi indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan cinta mereka. Inilah sikap sebenar syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". Surah Al-Hijr ayat 39-40.



Berdasarkan kepada hujah-hujah diatas maka para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Valentine’s Day adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke 71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan “ Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Valentine’s Day tidak digalakkan oleh agama Islam.



Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia.Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Valentine’s Day ini kepada umat Islam. Sebagai gentian, Media Massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulama’yang mengharamkan sambutan Valentine’s Day.



Wallahua’lam. Dipetik Dan disunting dari artikel HUKUM MENYAMBUT VALENTINE’S DAY.