METAMORFOSIS CINTA …
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Pernahkah kamu melihat rama-rama? Allah telah mengurniakan rama-rama dengan warna yang cantik , corak yang pelbagai hingga asyik kita melihatnya. Tapi sedarkah kita, bagaimanakah proses transformasi dari seekor ulat yang pada mulanya Nampak pelik, menggelikan dan sebagainya kepada seekor rama-rama yang mampu memukau pandangan.? Bermula dengan telur, kemudian menjadi ulat. Suatu ketika sang ulat ini akan berubah menjadi kepompong atau pupa sebelum berubah ke tahap seterusnya iaitu menjadi rama-rama.
Sebelum menjadi rama-rama yang cantik itu, ia akan melalui beberapa tahap. Biasa saja kita melihat telur rama-rama di dedaunan, atau mungkin sekali dicelah kayu atau dimana-mana. Setelah menetas dari telur, ia akan menjadi seekor ulat. Untuk meneruskan kehidupan, si ulat akan mula memakan daun sehingga digelar makhluk perosak. Selain itu, si ulat ini terpaksa berhadapan dengan pemangsa seperti burung dari menjadi sebahagian rantai makanan. Kemudian tiba saat sang ulat itu berubah menjadi kepompong. Setelah lama “bertapa “ didalam, akhirnya keluarlah sang rama-rama yang cantik, perlahan-lahan dari kepompong. Sedikit demi sedikit sehingga menyerlah sayap yang beraneka warna, memukau tiap mata yang memandang. Maha suci Allah.
Indahkan ciptaan ALLAH itu? Begitulah tamsilan bagi mereka yang mahu berfikir. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjuangan. Perjuangan yang memerlukan transformasi. Perjuangan yang memerlukan sebuah metamorfosis. Metamorfosis cinta kita. Metamorfosis cinta perjuangan kita. Bermula dari bawah. Seperti rama-rama itu, berjuang untuk mencari sesuap rezeki walaupun digelar makhluk perosak sewaktu menjadi ulat. Melindungi diri dari menjadi makanan burung dengan pelbagai teknik dan bentuk pertahanan diri. Malah sewaktu proses transformasi menjadi rama-rama itu sendiri, betapa bersusah payahnya ia mengeluarkan diri dari kepompong sedikit demi sedikit, sehinggalah keluar seekor rama-rama bersama sepasang sayap yang cukup kuat untuk terbang.
Dan kita sekalian sebagai hamba tuhan, sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi kenapa diuji? Disinilah metamorfosis cinta kita berlaku. Adakah dengan ujian itu menjadikan kita seorang hamba yang mampu menghadapi ujian yang telah diberi dengan penuh sabar dan redha, disamping mencari method untuk muhasabah diri dan menjadikan diri lebih kuat bagi menghadapi mehnah mendatang, atau kita akan menjadi seorang hamba yang senantiasa berkeluh kesah dan putus asa dari rahmatNYA, lantas menyalahkan DIA diatas segala kejadian yang kurang menyenangkan kita. Nauzubillah, semoga dijauhkan kita dari menjadi golongan yang kedua itu tadi.
Metamorfosiskan cinta kita. Wallahua’lam,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan