Isnin, 19 Julai 2010

KULIAH CINTA.


KULIAH CINTA.
Cinta lelaki dan wanita”
Teori dan pendirian ulama..
Disunting dari website Islamonline dan diterjemahkan oleh AHMAD SAADUDDIN BIN WAHAB
RUJUKAN- http://www.islamonline.net/Arabic/contemporary/2002/09/article06.shtml/

Pandangan Imam Abu Bakar Muhammad bin Daud Al-Zahiriy
Cinta itu berputik dengan melihat dan mendengar.
Sabda nabi :” jiwa itu umpama tentera yang berkhidmat, berbaik dengan sesiapa yang dikenali, bermusuh dengan sesiapa yang ingkari”
Al-Zahiriy berkata “Istimta” itu ada 2 jenis: Yang diharuskan dan yang diharamkan
Sabda Nabi SAW (IBNU ABBAS) : Sesiapa yang bercinta, dia diamkan, dia jaga kehormatan, dia sabar, Allah ampuninya dan memasukkan dia ke dalam syurga.
Al-Zahiriy menjawab persoalan mengenai orang yang bercinta dengan katanya (berpuisi)
“jika yang dicintai itu menyeksa (jiwa dan jasad) orang yang menyintai, maka penyeksa (yang dicintai ) itu menjadi kenikmatan kepada pencinta.

Teori dan pendirian Imam Ibnu Hazam
Katanya: cinta itu mula-mula gurau/main-main, kemudiannya sungguh-sungguh apabila menemui keserasian.( kullu syai’in yaskunu ila nazirihi) –setiap sesuatu akan selesa dengan yang serasi.c
Firman ALLAH : Dialah yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan ia cipta daripadanya pasangan supaya ia tenang dengannya. Surah Al-A’raf: 189
Katanya: cinta itu bukanlah perkara mungkar dari sudut agama atau terlarang dari sudut syara, kerana hati manusia ditangan ALLAH. Berdalilkan kataUmar al-Khattab di mana seorang lelaki bertanya kepada Umar “Wahai Amirul Mukminin, aku melihat seorang perempuan dan jatuh hati, kata Umar “ itulah sesuatu yang tidak dimilikinya.”

Teori dan Pendirian Imam Ibnu al-Jauzy
Katanya, cinta itu ialahkecenderungan jiwa yangb kuat kepada sesuatu yang serasi dengan kehendaknya. Jika semakin kuat memikirkannya, akan terbayang serta mengharapkannya. Kesungguhan berfikir itu akan menjadikannya sakit.
Katanya lagi, para ulama berselisih pendapat tentang cinta, adakah ia sesuatu yang dipuji atau dikeji.
Sesetengahnya berkata: dipuji kerana ia melibatkan kelembutan fitrah. Sesiapa yang tidak memilikinya, itu adalah kerana tabiatnya yang terlalu kasar/keras. Ia menyinari akal dan menyucikan minda selagi tidak berlebihan/keterlaluan. Jika keterlaluan ia akan bertukar menjadi racun pembunuh.
Sesetengah yang lain berkata: ia dikeji kerana ia mempengaruhi pencinta serta jadikannya sebagai sembahan-hamba cinta.
Beliau berkata, kata putus dalam isu ini ialah cinta dan kasih sayang serta kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat cantik/elok/sesuai/serasi, ia hanya akan member nikmat serta terdorong jika berada bersama orang/sesuatu yang dicintainya.
Manakala pencinta yang melampaui had kecenderungan kasih sayangnya, cinta itu akan menguasai akalnya dan dirinya sendiri untuk bertindak menyalahi tuntutan hikmah, maka ia fikeji serta disisih oleh para hukama’.