bicara sufi...

Isnin, 28 Jun 2010


3 PERSOALAN ASAS MANUSIA…..

Firman Allah Taala:


Adakah manusia itu mengira bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja (dijadikan sia-sia dengan tidak mempunyai apa-apa matlamat, tujuan dan perhitungan di sisi Allah S.W.T)” Surah Al-Qiamah:36

Setiap manusia yang dilahirkan di atas bumi ini menghadapi tiga persoalan untuk dicari jawapan. Dari mana dia datang, mengapa dia diciptakan dan ke mana kesudahan manusia. Dan sesugguhnya beruntunglah mereka yang telah menjadikan ISLAM sebagai ad-din atau way of life kerana ketiga-tiga persoalan tersebut telah ALLAH berikan jawapannya kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak, telah termaktub jawapan bagi persoalan tersebut di dalam Al-Quranul Karim. So, let’s check this out.

Soalan pertama , iaitu dari mana dia datang telah dijawab oleh ALLAH dalam surah al-HAJ, AYAT 5,

Maksudnya,
“wahai manusia, jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari qiamat, maka (ketahuilah) sesungguhnya kami menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik mani, kemudian daripada seketul darah,kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiaannya dan tidak sempurna kejadiaannya supaya kami terangkan kepada kamu (kekuasaan kami) dan kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang kami kehendaki hingga suatu masa tertentu, kemudian kami keluarkan kamu sebagai anak, kemudian (kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh dan antara kamu ada yang diwafatkan dan sebahagian daripada kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa lagi sesudah tahu.”

Kemudian ALLAH menerangkan lagi dalam surah al-Mukminun, ayat 12 hingga 14 yang bermaksud,

Dan sesungguhnya kami jadikan manusia daripada air yang terasing daripada tanah. Kemudian kami jadika ndaripada setitik mani di tempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian kami jadikan mani itu seketul darah, lalu kami jadikan darah itu, segumpal daging. Kemudian daging itu kami jadikan tulang, lalu tulang-tulang itu kami liputi dengan daging. Kemudian kami jadikan dia satu kejadian yang lain sifatnya. Maha suci ALLAH sebaik-baik pencipta.”

ALLAH Menjelaskan lagi dalam surah at-Tariq, ayat 5 hingga 7 yang bermaksud,

Maka cubalah manusia itu melihat daripada apa yang dia dijadikan? Dijadikan dia daripada air yang terpancar yang keluar dari sulbi laki-laki dan tara’ib (tulang dada perempuan).”

Didalam konteks kenapa dia dijadikan di atas muka bumi ini, ALLAH telah menerangkan di dalam surah ad-dzariyat ayat 56,

“dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaku.”

Pengabdian berlaku dengan mengenal ALLAH, kasih kepada NYA, tunduk, patuh dan mengikut segala ajaran yang diturunkan kepada manusia. Ajaran itu bertujuan menyempurnakan kehidupan manusia. Ia mengikut kedudukan yang layak yang disediakan buat mereka supaya mereka mencapai kebahagiaan yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Pertanyaan yang ketiga, iaitu ke manakah dia akan dikembalikan, diterangkan didalam surah al-Insyiqaq ayat 6,

Wahai manusia, sesungguhnya kamu sudah bekerja dengan beersungguh-sungguh menuju tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya.”

Allah menerangkan lagi dalam surah al-Rum, ayat 11,

Maksudnya:
Allah mencipta manusia daripada permulaan kemudian mengembalikannya (menghidupkannya) kembali, kemudian kepadanya kamu dikembalikan.”

Allah menjelaskan lagi dalam surah al-Zumar, ayat 7,


Maksudnya,
Kemudian kepada tuhanmu kamu kembali, lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang sudah kamu kerjakan.”

Allah menerangkan lagi dalam surah al-Najm, ayat 42

Maksudnya,
Dan hanya kepada tuhanmu kesudahan segala sesuatu.”

Allah berkata lagi di dalam surah al-Alaq,ayat 8,

Maksudnya,
“Sesungguhnya hanya kepada tuhanmu tempat kembalimu.”

Ayat-ayat itu menyatakan, kesudahan manusia itu dikembalikan kepada ALLAH. Mereka akan dihitung dan mendapat balasan atas amalan mereka di dunia. Seterusnya ditentukan tempat yang sewajarnya bagi diri masing-masing. Sesiapa sahaja yang bersih jiwanya dengan iman dan amal soleh, dijanjikan syurga. Manakala kepada sesiapa yang kotor jiwanya dengan kufur dan maksiat, balasannya adalah neraka. Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan