bicara sufi...

Rabu, 20 Oktober 2010

METAMORFOSIS CINTA (syukurilah)..


Dengan Nama ALLAH yang MAHA Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sesungguhnya pada ciptaanNya terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mahu berfikir. Segala Pujian Bagi ALLAH, Tuhan sekalian Alam. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta para ahli keluarga, serta sahabat baginda seluruhnya.
Ketahuilah sekalian sahabat bahawa Allah telah menurunkan hujan yang ditambahi dengan rahmat didalamnya. Nyaman sekali apabila mendengar titisan air hujan yang menitis pada tanah-tanah yang gersang. Sejuk dan menyegarkan. Air hujan itu jua tatkala mengalir memenuhi ruang dan celahan yang merekah lalu membangunkan benih yang memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Dari hujan itu jua maka menyusurlah sungai yang menjadi nadi kehidupan sesetengah makhluk yang menjadikan air sebagai sumber rezeki. Ikan berenang bebas dan mencari makanan, sumber minuman manusia dan haiwan, sumber tenaga janakuasa hidroelektrik kepada manusia dan sebagainya.
Hebat sekali ciptaan ALLAH, beruntunglah bagi mereka yang berfikir dan menggunakan segala yang dikurniakan dengan penuh kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang bagaimana? Iaitu bersyukur, dengan melafazkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Memberi disamping menggunakan nikmat yang diberi kearah kebaikan lagi diredhai. Adakah kita masih leka dan alpa pada nikmat dunia yang menipu ini. Ingatlah sesungguhnya sangat sedikit kita sekalian hamba ini yang bersyukur. Sedangkan syukur itu mampu membuatkan seorang nelayan tersenyum girang walaupun rezeki tangkapannya sedikit. Seorang pekebun takkan mengeluh walaupun tanamannya habis dirosakkan binatang liar, dan penoreh getah sabar saat musim harga getah merudum. Syukur itu membuat si hartawan berzakat, menabur bakti pada yang tak berkemampuan, sedang yang miskin akan sabar dan redha disamping terus berusaha memajukan diri.
JAdi, bersyukurlah kita, saat kita merasakan diri ini lemah ditimpa musibah, masih ada lagi yang lebih teruk ujiannya, tetapi masih lagi mampu tersenyum dan mengucapkan syukur di samping tidak berkeluh kesah, sebaliknya terus meningkatkan yakin dan taqwa pada ilahi. Wallahua’lam. Noktah .

bernafas dalam jiwa hamba..
20 0kt0ber 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan