bicara sufi...

Rabu, 5 Januari 2011

sebulan 1432, 5 hari 2011..



Alhamdulillah,pujian bagi Allah yang masih memberi diri ini kekuatan untuk meneruskan kehidupan.. selawat dan salam keatas junjungan mulia Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat baginda.

hari ini, 5 Januari 2011, bersamaan 30 Muharram 1432.. dah 5 hari di tahun 2011 (masihi), dah sebulan ditahun 1432(hijrah). Usia pun dah menghampiri 23 tahun,.. umur semakin bertambah atau umur semakin berkurang..?? kekadang terasa diri ini sudah tua, walhal rasanya baru meninggalkan universiti pada Disember 2009.( setahun lalu).

sesekali diri ini terfikir, dah banyak sangat ke amal .. dah banyak ilmu dituntut-Tuntut ilmu dari buaian ke lahad.... sedang diri ini adalah pemimpin...-hadis nabi, setiap kamu adalah pemimpin...- diri ini akan memimpin diri sendiri terutamanya, kemudian keluarga, masyarakat dan mungkin jua negara insyaallah..
adakah mampu? yang diri ini tahu adalah cuba dan terus cuba menjadi yang terbaik, insyaallah..

menyorot kembali diari 2010 yg telah ditutup, banyak perkara yang masih diri ini masih perlu muhasabah... dari segi solat-hadis, solat itu tiang agama,-.. ibadah (segala tatacara hidup akan jadi ibadah jika kena dgn tntutan syara'..). masih banyak yang diri ini perlu perbetulkan. dah dapat kerja awal januari dulu, kemudian kerja dgn masyarakat makin kurang, ibadah dengan tuhan semakin kurang, semoga Allah mengampuni diri ini.mungkin atas kekhilafan itu, dipenghujung diari 1432, 2010 diri ini hebat diuji dengan pelbagai rasa, sehingga terlontar pada rasa keletihan menghadapi segala pancaroba dunia. namun diri ini tahu rahmat DIA MAHA LUAS........

Apapun semoga diari 1432, 2011 ini dapat menukil sebuah lembaran yang disinari redhaNYA,..
semoga segala dosa diri ini dari masa lalu hingga akan datang, diampunkan. moga diri ini menjadi kuat dan tabah menghadapi mehnah dan musibah menjelma, semoga terungkai segala kesulitan yang melilit di tengkuk ini..
DARI HAMBA YANG KHILAF,,
5.30 petang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan