Rabu, 19 Januari 2011

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH..


LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH..



MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI SITI KHADIJAH?

AGUNG CINTANYA PADA ALLAH DAN RASULULLAH

HARTANYA DIPERJUANGKAN KE JALAN FISABILILLAH,

PENAWAR HATI KEKASIH ALLAH

SUSAH DAN SENANG RELA BERSAMA…

DAPATKAH KUDIDIK JIWA SEPERT I SITI AISHAH?

ISTERI RASULULLAH YANG BIJAK

PENDORONG KESUSAHAN DAN PENDERITAAN

TIADA SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN..

MENGALIR AIR MATAKU,

MELIHAT PENGORBANAN PUTERI SOLEHAH SITI FATIMAH

AKUR DALAM SETIAP PERINTAH

TAAT KEPADA ABUYANYA YANG SENTIASA BERJUANG

TIADA MEMILIKI HARTA DUNIA

LAYAKLAH DIA SEBAGAI WANITA PENGHULU SYURGA…

KETIKA AKU MARAH

INGINKU INTIP SERPIHAN SABAR

DARI CATATAN HIDUP SITI SARAH…

TABAH JIWAKU

SETABAH UMI NABI ISMAIL

MENGENDONG BAYINYA YANG MASIH MERAH

MENCARI AIR PENGHILANG DAHAGA

DI TERIK PADANG PASIR MERAK

DITINGGALKAN SUAMI AKUR TANPA BANTAH

PENGHARAPANNYA HANYA PADA ALLAH

ITULAH WANITA SITI HAJAR…

MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH?

MATI DALAM KEUNGGULAN IMAN

BERSINAR INDAH, HARUM TERSEBAR

BAGAI WANGINYA PUSARA MASYITAH…


catatan kembara 2006 .

1 ulasan: