BERCOUPLE : USAHA MENCARI JODOH IDEAL?
Bercouple, setiap kali kita mendengarnyaakan terlintas dibenak kita sepasang insane yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan penyesuaian sebelum pernikahan ? walau bagaimanapun, kegagalan ketika bercouple lebih ringan berbanding kegagalan setelah menikah.
CINTA, FITRAH SETIAP MANUSIA
MANUSIA diciptakan oleh Allah SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan sejenisnya. Sebagaimana firmanNYA; “ Dijadikan indah pada (Pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu Wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”, surah Ali-Imran : 14.
Berkata Imam Qurthubi; “ Allah SWT memulai engan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW ; “TIADALAH AKU TINGGALKAN SETELAHKU FITNAH YANG LEBIH BERBAHAYA BAGI KAUM LELAKI DARIPADA WANITA.”( Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, tirmidzi dan Ibnu Majah.)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka Allah SWT menjadikan fitrah manusia , maka Allah SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang yang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah perhiadan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita yang solehah.”(Hadis riwayat Muslim,,Nasa’I, Ibnu Majah)
Allah berfirman; “ Di dalam syurga –syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik –baik lagi cantik-cantik.” Surah Ar-Rahman : 70).
Namun Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batas, Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, jua bagaimana batas pergaulan antara dua insane lawan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
ETIKA PERGAULAN LAWAN JENIS DALAM ISLAM
1. Menundukkan pandangan terhadap lawan jenis;
Allah memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNYA; katakanlah kepada laki-laki yang beriman : “hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”( Surah An-Nur : 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada wanita beriman, Allah berfirman; Dan katakanlah kepada wanita beriman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “ Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (Surah An-Nur : 31)
2. Menutup Aurat;
Allah berfirman;”Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.” (Surah An-Nur : 31).
Juga firmanNya; Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Ahzab : 59)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga wanita jangan melihat aurat wanita.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
3. Adanya pembatas antara lelaki dan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap lawan jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “ dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Surah Al-Ahzab : 53)
4. Tidak berdua-duaan dengan lawan jenis ;
Dari Ibnu Abbas ra berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:P “ Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersama mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Jabir bin Samurah berkata ; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi yang ketiganya.” ( Hadis riwayat Ahmad , Tirmdzi)
5. Tidak mendayukan ucapan;
Seorang wanita dilarang mendayukan ucapan saat berbicara kepada selain suami. Firman Allah : “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah Al-Ahzab : 32).
Berkata Imam Ibnu Katsir ; “Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW serta para wanita mukminah yang lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. “ ( Tafsir Ibnu Katsir)
6. Tidak menyentuh lawan jenis;
Dari Ma’qil bin Yasar ra berkata; Rasulullah SAW bersabda: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat Thabrani)
Berkata Syeikh Al-Albani Rahimahullah; “ Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya .” (As-Shohihah)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti Bai’ah dan lain-lain.
Dari Aisyah ra berkata; “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membai’ah. (Hadis riwayat Bukhari).
Inilah sebahagia etika pergaulan lelaki dan perempuan selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW ; Dari Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah SAW bersabda: “ sesungguhnya Allah telah menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan sedangkan jiwaberkeinginan serta berangan-angan, lalu farji akan membenarkan atau mendustakan semuanya.” ( Hadis riwayat Bukhari , Muslim , Abu Daud).
Padahal Allah telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati perzinaan. Sebagaimana firmanNya ; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra’ : 32).
HUKUM BERCOUPLE
Setelah memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram , kerana beberapa sebab berikut :
1. Orang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjhaga hijab.
3. Orang bercouple biasanya sering berdua-duaan engan kekasihnya, baik didalam atau diluar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat beersama kekasihnya.
5. Bercouple beridentitikan dengan saling menyentuh antara lelaki dengan perempuan, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Orang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu bagaimana kalau semuanya?
Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; jika hubungan itu sebelum akad nikah , baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya, dan janganlah seorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin ditanyai; jika ada seorang lelaki yang berkoresponden dengan seorrang wanita bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; perbuatan itu tak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana ia banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai perzinaan yang akan boleh menjerumuskan seseorang pada perbuatan keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatannya.
Syaikh Jibrin juga ditanyai; apa hukumnya kalau seorang pemuda belum menikah menelefon gais yang belum mennikah?
Jawab beliau; tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahramnya ) dengan perbicaraan yang boleh menimbulkan syahwat , seperti rayuan, mendayukan suara baik melalui telefonmahupun lainnya. Sebagaimana firman Allah SWT ; dan janganlah kalian melembutkan suara , sehingga akan berkeinginan orang-orang yang hatinya terdapat penyakit.” (Surah Al-Ahzab : 32). Adapun kalaupun perbicaraan itu untuk sebuah keperluan , maka hal itu tidak mengapa apabila selamat dari fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.
SYUBHAT DAN JAWAPAN SEBENAR
Keharaman bercouple lebih jelas daripada matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak boleh dikatakan haram kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.
Jawab: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggaplah saja mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tidak boleh menghindari dari segi memandangi. Atau paling tidak membayangkan atau memikirkan kekasihnya. Yang mana hal itu sudah diharamkan.
Biasanya sebelum memasuki alam pernikahan, perlu untuk mengenal dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karakter, yang mana hal itu tidak boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juakegagalan sebelum nikahakan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi selepas nikah.
Jawapan: memang, mengenal fizikal dan karakter calon pasangan merupakan sutau hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan itu tidak boleh menghalalkan sesuatu yang haram.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha menanyakan segala yang baik bagi menutupi kekurangan di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatatan kekasihnya , sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; “ Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli..
Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui.
dari petikan terpilih...2006
"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya). Surah At-Thoghabun. ayat 16.
bicara sufi...
Isnin, 31 Januari 2011
Rabu, 19 Januari 2011
LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH..
LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH..
MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI SITI KHADIJAH?
AGUNG CINTANYA PADA ALLAH DAN RASULULLAH
HARTANYA DIPERJUANGKAN KE JALAN FISABILILLAH,
PENAWAR HATI KEKASIH ALLAH
SUSAH DAN SENANG RELA BERSAMA…
DAPATKAH KUDIDIK JIWA SEPERT I SITI AISHAH?
ISTERI RASULULLAH YANG BIJAK
PENDORONG KESUSAHAN DAN PENDERITAAN
TIADA SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN..
MENGALIR AIR MATAKU,
MELIHAT PENGORBANAN PUTERI SOLEHAH SITI FATIMAH
AKUR DALAM SETIAP PERINTAH
TAAT KEPADA ABUYANYA YANG SENTIASA BERJUANG
TIADA MEMILIKI HARTA DUNIA
LAYAKLAH DIA SEBAGAI WANITA PENGHULU SYURGA…
KETIKA AKU MARAH
INGINKU INTIP SERPIHAN SABAR
DARI CATATAN HIDUP SITI SARAH…
TABAH JIWAKU
SETABAH UMI NABI ISMAIL
MENGENDONG BAYINYA YANG MASIH MERAH

MENCARI AIR PENGHILANG DAHAGA
DI TERIK PADANG PASIR MERAK
DITINGGALKAN SUAMI AKUR TANPA BANTAH
PENGHARAPANNYA HANYA PADA ALLAH
ITULAH WANITA SITI HAJAR…
MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH?
MATI DALAM KEUNGGULAN IMAN
BERSINAR INDAH, HARUM TERSEBAR
BAGAI WANGINYA PUSARA MASYITAH…
catatan kembara 2006 .
Ahad, 16 Januari 2011
Duhai Hati...
duhai hati,
saat kau merintih kerana cinta dunia yg xkesampaian,
biarlah dia terus berlalu pergi,
meninggalkan sepi di kamarmu...
duhai hati,
seandainya kau terus mengeluh cinta dunia,
ketahuilah ianya takkan kekal abadi,
ketahuilah ianya akan fana..
duhai hati,
ratibkanlah kalimah cinta Thoyyibah,
biar hancur jasadmu dikandung tanah,
tapi jiwamu mengalir semangat syuhada seperti hamzah,
biar mengalir pekat darah merah,
tapi kentalmu tetap seperti Bilal bin Rabah
biar badanmu dimamah mata peluru dan pedang,
namun sejarah Cinta seperti Sumayyah bakal tercipta,
biar pandanganmu hilang diusik pemusnah,
tapi jiwamu terang seperti zinnirah..
Duhai hati,
ayuh bangkitlah,
anyam kembali sebuah kisah cinta ,
fitrah yang suci tapi sering dicemari,
ayuh bangkitlah,
menghampar selautan cinta pada DIA,
biarkan mereka2 yang cuba mencarik cintamu,
kerana utuhnya benang iman ,
kukuh mengikat tiap2 cinta,
ayuh bangkitlah,
seumpama mekarnya mawar di taman bunga,
mengharum segar tp punya duri,
yang tak semua mampu memetiknya,
moga terus bangkit, duhai hati.....

Sabtu, 8 Januari 2011
bicara sufi.....
kita mungkin mahu yang terbaik, tapi adakh kita tidak mahu memberi yang terbaik. Noktahkan rasa kesempurnaan pada YANG MAHA BERHAK, krn kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Maka terus membantu sesama kita, jgn dikisah pada badai melanda, tapi ingatlah pada mentari yang bakal bersinar..
mungkin kita rasa ada perkara terbaik yang kita pernah lepaskan. lalu kita menyesali,. Ketahuilah ada hikmah yang tersembunyi, krn langkahmu itu, tercorak jln hidupmu kini dan mendatang,. Jadi jangan terus bersedih, kuatkn semangat dan cekal.. Allah sentiasa bersama kita, berdoa dan berusahalah..
adakala semilir petang menghembus kenangan lalu, bayu selat melaka terus mengukir memori di langit membiru, sebuah nostalgia ercipta.... mengheret mimpi di kesamaran waktu. lantaran itu, syukurilah usiamu yg masih bersisa itu..
Sesekali saat diri berada di puncak tertinggi, seharusnya menjenguk kembali di mana tanah asal kita berpijak.. agar terhakis kesombongan yg mencalar iman. mgkn perlu membajai kembali tanah asal dipijak, supaya tumbuh mengharum bunga2 kesyukuran diatas segala kenikmatan cinta DIA...
rencah kehidupan, tak semua yang kita nak kita akan dapat, tapi kita ttp akan melalui pelbagai rasa didalamnya, manis, pahit, hidup sebagai pencari cinta hakiki yang dimiliki PEMILIK CINTA. LEtih mengharungi semuanya sendiri tapi itulah yang akan menguatkan perjalanan dihadapan kelak. kuatkan semangat, biarpun badai yang merempuh mampu membolak balik arah, tp kembalilah semula saat badai itu reda...
kadangkala ada sesetngah perkara sukar didefinasikan dengan ulah kata. cukup sekadar senyuman, atau lirikan mata, tapi mampu merungkai1001 cerita yang tak terjemah itu. ketahuilah sesungguhnya DIA YANG MAHA MENGETAHUI. maka jangan sesekali putus asa dari rahmatNYA..
Ketika kita merasa diri dlm kesusahan ,maka bhgiaknlah org lain nescaya akn bhgialah diri kita. Walau dgn sekadar ukirn,senyum dibibir, insyaallah....
senyumlah pada masalah, insyaallah masalh pun akan senyum pada kita.....
masa merentasi usia yang kian dewasa, terus berjalan biar pernah rebah, terus berdiri biar dilanggar badai, terus berlari walau jiwa mendesah, kerna taqdirNYA xkukenal erti kalah, kerna rindu padaNYA aku terus melangkah, kerana cintaNYA aku tak terasa lelah....

Rabu, 5 Januari 2011
sebulan 1432, 5 hari 2011..
Alhamdulillah,pujian bagi Allah yang masih memberi diri ini kekuatan untuk meneruskan kehidupan.. selawat dan salam keatas junjungan mulia Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat baginda.
hari ini, 5 Januari 2011, bersamaan 30 Muharram 1432.. dah 5 hari di tahun 2011 (masihi), dah sebulan ditahun 1432(hijrah). Usia pun dah menghampiri 23 tahun,.. umur semakin bertambah atau umur semakin berkurang..?? kekadang terasa diri ini sudah tua, walhal rasanya baru meninggalkan universiti pada Disember 2009.( setahun lalu).
sesekali diri ini terfikir, dah banyak sangat ke amal .. dah banyak ilmu dituntut-Tuntut ilmu dari buaian ke lahad.... sedang diri ini adalah pemimpin...-hadis nabi, setiap kamu adalah pemimpin...- diri ini akan memimpin diri sendiri terutamanya, kemudian keluarga, masyarakat dan mungkin jua negara insyaallah..
adakah mampu? yang diri ini tahu adalah cuba dan terus cuba menjadi yang terbaik, insyaallah..
menyorot kembali diari 2010 yg telah ditutup, banyak perkara yang masih diri ini masih perlu muhasabah... dari segi solat-hadis, solat itu tiang agama,-.. ibadah (segala tatacara hidup akan jadi ibadah jika kena dgn tntutan syara'..). masih banyak yang diri ini perlu perbetulkan. dah dapat kerja awal januari dulu, kemudian kerja dgn masyarakat makin kurang, ibadah dengan tuhan semakin kurang, semoga Allah mengampuni diri ini.mungkin atas kekhilafan itu, dipenghujung diari 1432, 2010 diri ini hebat diuji dengan pelbagai rasa, sehingga terlontar pada rasa keletihan menghadapi segala pancaroba dunia. namun diri ini tahu rahmat DIA MAHA LUAS........
Apapun semoga diari 1432, 2011 ini dapat menukil sebuah lembaran yang disinari redhaNYA,..
semoga segala dosa diri ini dari masa lalu hingga akan datang, diampunkan. moga diri ini menjadi kuat dan tabah menghadapi mehnah dan musibah menjelma, semoga terungkai segala kesulitan yang melilit di tengkuk ini..
DARI HAMBA YANG KHILAF,,
5.30 petang....

Langgan:
Catatan (Atom)