bicara sufi...

Jumaat, 29 Oktober 2010

jelingan ayah..



Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


#mungkin cerita ini dah berulang kali didengar, tapi moralnya boleh difikirkan bersama. wallahua'lam..=)

Rabu, 27 Oktober 2010

kisah menantu hantu..



Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Selasa, 26 Oktober 2010

Kaum-e-Aad - Miracle of the Qur'an















































Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered a skeletal remains of a human of phenomenal size. This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter , or in Arabic, 'Rab-Ul-Khalee'.
The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed. Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton
.

wallahua'lam.
# catatan admin: mengikut catatan di atas, sebuah pasukan (ARAMCO EXPLORATION TEAM) telah menjalankan pencarian gas bawah tanah di tanah Arab, telah menemui fenomena ganjil IAITU RANGKA MANUSIA BERSAIZ GERGASI, YANG DIPERCAYAI MERUPAKAN SAKI BAKI DARI KAUM ADD(MENGIKUT PENDAPAT ULAMA ARAB SAUDI) YANG MERUPAKAN UMMAT NABI HUD..,
sesungguhnya maha suci ALLAH YANG MENJADIKAN SETIAP SESUATU. Mungkin gambar yang ada ini boleh dikatakan tipu atau benar, akan tetapi apabila ALLAH MENGKEHENDAKI SESUATU TERJADI, MAKA TERJADILAH IA.. Sementelah pula, kalau difikirkan kembali memang tidak mustahil dijadikan manusia terdahulu lebih tinggi, kerana pada masa tersebut teknologi mereka jua telah berkembang, serta peradaban yang tinggi dan dikatakan jua bahawa ketinggian Nabi Adam adalah 60 Hasta.
Hanya Allah yang Lebih mengetahui..
Hamba Yang Khilaf.
3.30 petang.
26 Oktober 2010..
*DARI EMAIL SAHABAT...











Rabu, 20 Oktober 2010

METAMORFOSIS CINTA (syukurilah)..


Dengan Nama ALLAH yang MAHA Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sesungguhnya pada ciptaanNya terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mahu berfikir. Segala Pujian Bagi ALLAH, Tuhan sekalian Alam. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta para ahli keluarga, serta sahabat baginda seluruhnya.
Ketahuilah sekalian sahabat bahawa Allah telah menurunkan hujan yang ditambahi dengan rahmat didalamnya. Nyaman sekali apabila mendengar titisan air hujan yang menitis pada tanah-tanah yang gersang. Sejuk dan menyegarkan. Air hujan itu jua tatkala mengalir memenuhi ruang dan celahan yang merekah lalu membangunkan benih yang memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Dari hujan itu jua maka menyusurlah sungai yang menjadi nadi kehidupan sesetengah makhluk yang menjadikan air sebagai sumber rezeki. Ikan berenang bebas dan mencari makanan, sumber minuman manusia dan haiwan, sumber tenaga janakuasa hidroelektrik kepada manusia dan sebagainya.
Hebat sekali ciptaan ALLAH, beruntunglah bagi mereka yang berfikir dan menggunakan segala yang dikurniakan dengan penuh kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang bagaimana? Iaitu bersyukur, dengan melafazkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Memberi disamping menggunakan nikmat yang diberi kearah kebaikan lagi diredhai. Adakah kita masih leka dan alpa pada nikmat dunia yang menipu ini. Ingatlah sesungguhnya sangat sedikit kita sekalian hamba ini yang bersyukur. Sedangkan syukur itu mampu membuatkan seorang nelayan tersenyum girang walaupun rezeki tangkapannya sedikit. Seorang pekebun takkan mengeluh walaupun tanamannya habis dirosakkan binatang liar, dan penoreh getah sabar saat musim harga getah merudum. Syukur itu membuat si hartawan berzakat, menabur bakti pada yang tak berkemampuan, sedang yang miskin akan sabar dan redha disamping terus berusaha memajukan diri.
JAdi, bersyukurlah kita, saat kita merasakan diri ini lemah ditimpa musibah, masih ada lagi yang lebih teruk ujiannya, tetapi masih lagi mampu tersenyum dan mengucapkan syukur di samping tidak berkeluh kesah, sebaliknya terus meningkatkan yakin dan taqwa pada ilahi. Wallahua’lam. Noktah .

bernafas dalam jiwa hamba..
20 0kt0ber 2010

Ahad, 17 Oktober 2010

METAMORFOSIS CINTA-Kenikmatan cinta dariNYA..


Setiap kita telah diberi peluang untuk meneguk nikmatNya, di dalam secangkir dunia yang hanya mampu menghilangkan dahaga untuk sementara. sedang disisiNya ada akhirat sedang menanti kunjung tiba hamba bagi menimbang segala amal. Ada syurga utk kenikmatan abadi, ada Neraka utk mereka yang membelit cinta dunia dilehernya.

Ketahuilah untuk beroleh nikmat syurga yang hakiki adalah seumpama melalui satu perjalanan yang dipenuhi onak dan duri. sekali melangkah mampu mencalarkan kaki, mampu mencederakan tubuh, mampu mencarikkan jiwa. Sedang neraka itu satu jalan kenikmatan yang telah disalahgunakan utk nafsu yang menipu. langkah dengan penuh sumbang, walau tahu itu bukan kebenarannya.

Sesungghnya dunia itu neraka bagi mukmin, tetapi syurga kepada kafir. andainya para pencinta dunia mengetahui hal keadaan diakhirat kelak, mereka rela menempuhi jalan penuh kesederhanaan demi menemui Sang Pencinta, andai si mukmin tahu bahawa untuk menuju bertemu allah penuh mehnah ujian, maka tatkala itu hati mereka senantiasa redha waima diri terkorban di atas dunia yang fana...

Dan ketahuilah jua hati yang mati takkan mampu mengecapi rasa hubb pada ILAHI, kerana hati yang telah tercemar dgn mazmumah hanya mampu diubati dengan ubat yang telah diturunkan dalam ayat-ayat cintaNya. Apakah hati yang mati mampu bersinar seumpama lu'lu' dari firdausi? takkan terdapat sekelumit rasa pengabadian pada AlKhaliq JIKA hati nan rawan pada cinta dunia , dan seandainya para hati yang mati ini mengetahui bhw nikmat dunia ini seumpama setitis air dijari yang dicelup ke lautan, maka akan menangislah mereka akn betapa kerdilnya diri....

Ketahuilah jua andainya para mahbub merasakan bertuahnya diri kerana dicinta si pencinta, maka beruntunglah kita kerana kasih dan cintaNYA selalu kita rasakan , kerana rahmtnya jua tiada dikira tiap udara yang dihirup, tidak dikira tiap titisan susu ibu yang mengalir, kerana rahmatNYYA sang binatang menyayangi anaknya, hujan terus turun, sungai terus mengalir.



Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segalanya.

hamba yang dhaif.
17 Oktober 2010/ 8 malam.

Selasa, 12 Oktober 2010

METAMORFOSIS CINTA- terlalu kasar cara mengajak,? betulkan..


Dengan Nama Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Ada seketika hati ini pernah berbisik bertanya, betulkah cara aku nak sampaikan kepada orang? Aku nak ajak orang solat tapi kita ajak cara yang kasar? kita ini dah bagus sangat ke ?? Mengajak orang tapi di dalam hati fikir kita terlalu bagus.

kadangkala kita berdakwah ni boleh dikatakan syok sendiri, bila kita tak kenal dgn mad'u kita.. syok sendiri sebab tak tau persekitaran mereka yg kita dakwah. kadangkala kita rasa bagus sangat, tak jaga hati orang lain. Kata nak nasihat orang, tapi main pakai hentam kromo aje. sebab itu ada yang nak peluk islam tak jadi peluk sebab sikap kita sendiri.Malah orang Islam yang nak berbuat kebaikan sendiri akan terencat niatnya tatkala perbuatan baiknya sendiri dicela dan dimaki saudara semuslim itu sendiri.


contohilah nabi,. dgn sebab kelembutan dakwah baginda, berapa ramai yang telah peluk islam, terpesona dgn indahnya islam. Dgn sifat nabi yang berlembut, memaafkan telah menyelamatkan bumi thoif dari murka allah.Dengan sifat Nabi yang pelembut, hidayah ditemukan dengan seorang yahudi buta yang sering menghina baginda



analog mudah, makan itu wajib sebab ia merupakan hak dan keperluan badan kita,dan kita perlu tunaikan agar dapat memberi kemanfaatan pada diri kita. tapi ada ketika jadi haram ketika ia membawa kemudharatan, marah pun begitu, boleh tapi ada tempat dan batasannya.Begitu jua cara didikan, ada masa dan tempatnya, mengikut keperluan yang bersesuaian jangan memaksa kerana HIDAYAH ITU MILIK ALLAH DAN ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB KITA MELAINKAN KITA SENDIRI YANG AKAN MENGUBAHNYA. Akan tetapi kita sebagai agen perubahan penggerak agama JANGAN MUDAH PUTUS ASA MENYAMPAIKAN APA YANG TELAH DISURUH, kerana batu yang keras takkan berlubang jika air tak menitis di atasnya setiap hari. Hati jua pasti akan terkesan sekiranya diperdengarkan dengan nasihat berulang kali.
Berusahalah agar Allah memberi hidayah kepadanya, akan tetapi masih mengekalkan adab sebagai seorang pendakwah, bertindaklah mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tepat yang bertepatan dengan persekitaran, agar dapat disampaikan kepada seluruh manusia.


ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA..
Hamba yang fakir..
5.50 pm..

Isnin, 11 Oktober 2010

kisah ibu....(must read)


Pada suatu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentakan maksimum. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering, dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.
Disebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ, terkapitdi antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.
Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada anggota bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat. Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya. Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya, dalam saki baki nafasnya itu dia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu. Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat….. sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis , rohnya berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan tangisan memanjang dalam episode kasih yang tidak kesampaian……

Jumaat, 8 Oktober 2010

nukilan cinta.



apa rasa air yang berasal dari awan yang putih,
jauh dari suatu ketinggian yang pecah terbelah,
menimpa pinggiran atau pertengahan lembah,
dihembus angin musim dingin dari segala arah..

air dari awan jatuh di lembah itu,
menghembus nafas-nafas yang terasa kelu,
aliran air berhenti di permukaan sana,
tiada celah jika ada orang yang meminumnya,
dengan penuh rasa dia perhatikan yang lainnya,
taqwa kepada Allah dan malu terhadap akibatnya...

min "Raudhah Al Muhibbin Wa Nuzhah Al Musytaqin"
29 sept 2010
12.45 am...
sesungguhnya saat seseorang berkeinginan untuk melakukan dosa, lalu taqwa berjaya menghalanginya. segera dia sedar, malu terhadap Ilahi, segera dia memohon keampunan, kerana dosa yang dirsakan umpama nikmat, merupakan satu ujian kepadanya..
wallahua'lam...

Jumaat, 1 Oktober 2010



jangan bersedih!
sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu utk berburuk sangka, dan hanya akan membuat anda menjadi pesimis.

Jangan bersedih!
sesunggguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan.

Jangan bersedih!
sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik dan ada amalan yang memberikan manfaat.

Jangan bersedih!
dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan sebarang aktiviti. Solatlah,.. bertasbihlah,..bacalah,.. menulislah,..bekerjalah,.. terimalah tetamu,..bersilaturrahimlah,.. dan merenunglah...

jangan kamu mencampakkan diri kelembah kebinasaan..

wallahua'lam..

28 September 2010
1.50 a.m....