bicara sufi...

Ahad, 19 September 2010

7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN DI AKHIRAT KELAK


7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGA DIAKHIRAT KELAK..
“sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari Qiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naugan Allah iaitu: Pemerintah yang adil,pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata “aku takut kepada Allah”, orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinyatidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingati allah dengan keadaan tidak ada didalam ingatannya perkara lain , lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak sesuai dengan hadis di atas.
1. Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seseorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan , ganjarannya adalah amat besar . Namun sekiranya gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kerana Allah, ini kerana sebaik-baik masa dan semahal mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi,. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyatakan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah dan dikategorikan sebagai suatu sedekah.
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama , adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala,restu dan keberkatan daripadaNya.
5. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan yang kaya lagi rupawan lalu dia menolak dengan berkata “aku takut kepada Allah!”
Ini menunjukkan keimanan dan ketaqwaan yang sebenar Berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ini menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan orang ramai .
7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingaatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar.
Wallahua’lam. Petikan dari buku Malam Pertama di Syurga karya Adil Akhyar , SH,LL.M

Selasa, 14 September 2010

7 keajaiban dunia

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari 'Tujuh Keajaiban Dunia.' Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan 'Tujuh Keajaiban Dunia' ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memerhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, 'Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.'

Pensyarah berkata, 'Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.'

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, 'Saya fikir, 'Tujuh Keajaiban Dunia' adalah,

1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya 'keajaiban'. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai 'biasa'.

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda dan syukurilah ia krn sesungguhnya ia tak ternilai harganya.."

Rabu, 8 September 2010

Facebook | MUHASABAH RAMADHAN

Facebook MUHASABAH RAMADHAN:
"Hari Raya Hari Kemenangan
Hari Kesyukuran Dilimpahi Kemuliaan
Di Lipatan Seni Mehnah
Ada Maksud Murni Yang Lebih Hakiki

Pada Nafsu Yang Dilentur Lapar Dahaga
Pada fikiran Disinar Wahyu dan Sabda
Pada Hati Bersih Di Solat Tarawih
Apakah Semuanya Telah Dimiliki

Puasa Mengajar Erti Ketabahan
Menghadap Ujian Berlandaskan Iman
Puasa Perisai Yang Sangat Maknawi
Penyinkap Hijab Antara Hamba Dengan Illahi

Puasa Sempurna Menahan Rohani dan Rasa
Puasa Sederhana Menahan Indera dan Juga Anggota
Puasa Biasa Hanya Melawan Lapar dan Dahaga
Lalu Di Manakah Puasa Kita
Adakah Masih Di Tahap Lama

Lalu Muhasabah Di Hujung Ramadhan
Sudahkah Terbangun Jiwa Teguh Dan kukuh
Atau Kolam Jiwa Masih Tercemar Keruh
Bersembilu Dosa Duri Angkara

Ketika Bertahmid Bertakbir Bertasbih
Terasakah kIta Hamba Illahi
Yang Hanya Mampu Mengukir Tadbir
Sedangkan Padanya Segala Takdir"

Sabtu, 4 September 2010

METAMORFOSIS CINTA...


METAMORFOSIS CINTA …
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Pernahkah kamu melihat rama-rama? Allah telah mengurniakan rama-rama dengan warna yang cantik , corak yang pelbagai hingga asyik kita melihatnya. Tapi sedarkah kita, bagaimanakah proses transformasi dari seekor ulat yang pada mulanya Nampak pelik, menggelikan dan sebagainya kepada seekor rama-rama yang mampu memukau pandangan.? Bermula dengan telur, kemudian menjadi ulat. Suatu ketika sang ulat ini akan berubah menjadi kepompong atau pupa sebelum berubah ke tahap seterusnya iaitu menjadi rama-rama.
Sebelum menjadi rama-rama yang cantik itu, ia akan melalui beberapa tahap. Biasa saja kita melihat telur rama-rama di dedaunan, atau mungkin sekali dicelah kayu atau dimana-mana. Setelah menetas dari telur, ia akan menjadi seekor ulat. Untuk meneruskan kehidupan, si ulat akan mula memakan daun sehingga digelar makhluk perosak. Selain itu, si ulat ini terpaksa berhadapan dengan pemangsa seperti burung dari menjadi sebahagian rantai makanan. Kemudian tiba saat sang ulat itu berubah menjadi kepompong. Setelah lama “bertapa “ didalam, akhirnya keluarlah sang rama-rama yang cantik, perlahan-lahan dari kepompong. Sedikit demi sedikit sehingga menyerlah sayap yang beraneka warna, memukau tiap mata yang memandang. Maha suci Allah.
Indahkan ciptaan ALLAH itu? Begitulah tamsilan bagi mereka yang mahu berfikir. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjuangan. Perjuangan yang memerlukan transformasi. Perjuangan yang memerlukan sebuah metamorfosis. Metamorfosis cinta kita. Metamorfosis cinta perjuangan kita. Bermula dari bawah. Seperti rama-rama itu, berjuang untuk mencari sesuap rezeki walaupun digelar makhluk perosak sewaktu menjadi ulat. Melindungi diri dari menjadi makanan burung dengan pelbagai teknik dan bentuk pertahanan diri. Malah sewaktu proses transformasi menjadi rama-rama itu sendiri, betapa bersusah payahnya ia mengeluarkan diri dari kepompong sedikit demi sedikit, sehinggalah keluar seekor rama-rama bersama sepasang sayap yang cukup kuat untuk terbang.
Dan kita sekalian sebagai hamba tuhan, sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi kenapa diuji? Disinilah metamorfosis cinta kita berlaku. Adakah dengan ujian itu menjadikan kita seorang hamba yang mampu menghadapi ujian yang telah diberi dengan penuh sabar dan redha, disamping mencari method untuk muhasabah diri dan menjadikan diri lebih kuat bagi menghadapi mehnah mendatang, atau kita akan menjadi seorang hamba yang senantiasa berkeluh kesah dan putus asa dari rahmatNYA, lantas menyalahkan DIA diatas segala kejadian yang kurang menyenangkan kita. Nauzubillah, semoga dijauhkan kita dari menjadi golongan yang kedua itu tadi.
Metamorfosiskan cinta kita. Wallahua’lam,

Rabu, 1 September 2010

pemilik cinta..

dengan nama ALLAH, Pemilik segala cinta.
sesungguhnya cinta itu tak pernah dijadikan buta, tapi MANUSIA senantiasa membutakan hati kerana cinta. Apakah konsep dan definisi cinta yang teragung? Cinta ALLAH. Dlm AYAT2 CINTANYA byk menyebutkan tentang cinta pd hamba2NYA. hmba yang bagaimana? banyak, cinta perjuangan, cinta... org yg bertaubat, mereka yang berbuat baik. Maha Suci ALLAH, PEMILIK SEGALA CINTA.