bicara sufi...

Ahad, 7 Ogos 2011

tentang blogku yang biasa saja.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

8 Ramadhan, alhamdulillah.. sudah lapan hari berpuasa. semoga Allah menerima amalku.. walau banyak cacat cela.. tapi aku senantiasa ingin memastikan ia menjadi lebih baik.

Syaitan dirantai, tapi nafsu tak terbelenggu. itu cabaran untukku yang menjadi hamba. memelihara anggota. Mata, telinga, lidah, tangan, kaki, hati dan kemaluan. berat . tapi aku cuba sedaya upaya .
semoga Allah memberi kekuatan.

baiklah, bila melihat blog orang lain, kadangkala terasa kerdil diri, ilmu tak cukup, jadi nak berkongsi ilmu dengan orang lain sukar. ditambah lagi dengan blog sahabat yang lain lagi cantik. berkilau, dan yang sewaktu dengannya.

makanya blog ini jadi biasa, seolah rumah yang tak siap. Wallahua'lam. Rasanya kena belajar balik. Nak tambah ilmu perblogan, dan ilmu dunia dan akhirat yang lain.

Nak seribu daya , tak hendak seribu dalih, insyaAllah, aku cuba untuk menambahkan apa yang kurang, mengurangkan apa yang tidak perlu, dan mencambah idea yang baru untuk blogku ini..

Wallahua'lam. Noktah..

#Allah takkan ubah nasib kita, melainkan kita yang nak ubah nasib diri...#