bicara sufi...

Selasa, 7 Jun 2011

menghilang bukan merajuk..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Menghilang, bukan bererti aku merajuk.
Menghilang, bukan bererti aku mengalah.
Sekadar aku mencari ketenangan di hati.

Kerana,
kadangkala masalah yang hadir umpama racun.
perlahan meresap lalu melumpuhkan nadi,
mengalir ke dalam darah,
membuat lidahku kelu.
biar betapa betah aku mengungkapkan kata.
namun kebisuan tetap menjerat bicara.

Aku bukanlah yang terbaik,
kerana aku umpama pedang yang telah patah matanya,
aku juga pedang yang telah lama tak diasah,
sehingga tumpul aku.

Akhirnya,
aku hanya menjadi lagenda,
mampu mencantas leher musuh,
tapi tak diketahui kemana hilang diriku....

(maaf, idea tiada, lalu tiada apa untuk diposkan)