bicara sufi...

Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Rabu, 17 November 2010

JAGA 6 PERKARA....


jaga 6 perkara...

1.Memelihara agama- memelihara supaya kita tidak menjadi kafir, tidak meninggalkan perkara wajib, tidak melakukan perkara haram dan memelihara Silatul Rahim.

2.Memelihara diri- memelihara diri daripada perkara membinasakan dan memudharatkan.

3.Memelihara akal-memelihara akal agar sihat dan suci supaya dapat beribadat kepada Allah SWT.

4.Memelihara keturunan-memelihara zuriat agar tidak terhasil zuriat daripada zina.

5.Memelihara kemaluan-memelihara agar kemaluan tidak mengikut hawa nafsu sehingga boleh menimbulkan fitnah atau tuduhan jahat.

6.Memelihara harta- memelihara agar segala harta kurniaan Allah SWT tidak digunakan ke jalan maksiat.

Ahad, 19 September 2010

7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN DI AKHIRAT KELAK


7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGA DIAKHIRAT KELAK..
“sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari Qiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naugan Allah iaitu: Pemerintah yang adil,pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata “aku takut kepada Allah”, orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinyatidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingati allah dengan keadaan tidak ada didalam ingatannya perkara lain , lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak sesuai dengan hadis di atas.
1. Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seseorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan , ganjarannya adalah amat besar . Namun sekiranya gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kerana Allah, ini kerana sebaik-baik masa dan semahal mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi,. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyatakan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah dan dikategorikan sebagai suatu sedekah.
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama , adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala,restu dan keberkatan daripadaNya.
5. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan yang kaya lagi rupawan lalu dia menolak dengan berkata “aku takut kepada Allah!”
Ini menunjukkan keimanan dan ketaqwaan yang sebenar Berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ini menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan orang ramai .
7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingaatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar.
Wallahua’lam. Petikan dari buku Malam Pertama di Syurga karya Adil Akhyar , SH,LL.M

Isnin, 28 Jun 2010


3 PERSOALAN ASAS MANUSIA…..

Firman Allah Taala:


Adakah manusia itu mengira bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja (dijadikan sia-sia dengan tidak mempunyai apa-apa matlamat, tujuan dan perhitungan di sisi Allah S.W.T)” Surah Al-Qiamah:36

Setiap manusia yang dilahirkan di atas bumi ini menghadapi tiga persoalan untuk dicari jawapan. Dari mana dia datang, mengapa dia diciptakan dan ke mana kesudahan manusia. Dan sesugguhnya beruntunglah mereka yang telah menjadikan ISLAM sebagai ad-din atau way of life kerana ketiga-tiga persoalan tersebut telah ALLAH berikan jawapannya kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak, telah termaktub jawapan bagi persoalan tersebut di dalam Al-Quranul Karim. So, let’s check this out.

Soalan pertama , iaitu dari mana dia datang telah dijawab oleh ALLAH dalam surah al-HAJ, AYAT 5,

Maksudnya,
“wahai manusia, jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari qiamat, maka (ketahuilah) sesungguhnya kami menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik mani, kemudian daripada seketul darah,kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadiaannya dan tidak sempurna kejadiaannya supaya kami terangkan kepada kamu (kekuasaan kami) dan kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang kami kehendaki hingga suatu masa tertentu, kemudian kami keluarkan kamu sebagai anak, kemudian (kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh dan antara kamu ada yang diwafatkan dan sebahagian daripada kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa lagi sesudah tahu.”

Kemudian ALLAH menerangkan lagi dalam surah al-Mukminun, ayat 12 hingga 14 yang bermaksud,

Dan sesungguhnya kami jadikan manusia daripada air yang terasing daripada tanah. Kemudian kami jadika ndaripada setitik mani di tempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian kami jadikan mani itu seketul darah, lalu kami jadikan darah itu, segumpal daging. Kemudian daging itu kami jadikan tulang, lalu tulang-tulang itu kami liputi dengan daging. Kemudian kami jadikan dia satu kejadian yang lain sifatnya. Maha suci ALLAH sebaik-baik pencipta.”

ALLAH Menjelaskan lagi dalam surah at-Tariq, ayat 5 hingga 7 yang bermaksud,

Maka cubalah manusia itu melihat daripada apa yang dia dijadikan? Dijadikan dia daripada air yang terpancar yang keluar dari sulbi laki-laki dan tara’ib (tulang dada perempuan).”

Didalam konteks kenapa dia dijadikan di atas muka bumi ini, ALLAH telah menerangkan di dalam surah ad-dzariyat ayat 56,

“dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaku.”

Pengabdian berlaku dengan mengenal ALLAH, kasih kepada NYA, tunduk, patuh dan mengikut segala ajaran yang diturunkan kepada manusia. Ajaran itu bertujuan menyempurnakan kehidupan manusia. Ia mengikut kedudukan yang layak yang disediakan buat mereka supaya mereka mencapai kebahagiaan yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Pertanyaan yang ketiga, iaitu ke manakah dia akan dikembalikan, diterangkan didalam surah al-Insyiqaq ayat 6,

Wahai manusia, sesungguhnya kamu sudah bekerja dengan beersungguh-sungguh menuju tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya.”

Allah menerangkan lagi dalam surah al-Rum, ayat 11,

Maksudnya:
Allah mencipta manusia daripada permulaan kemudian mengembalikannya (menghidupkannya) kembali, kemudian kepadanya kamu dikembalikan.”

Allah menjelaskan lagi dalam surah al-Zumar, ayat 7,


Maksudnya,
Kemudian kepada tuhanmu kamu kembali, lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang sudah kamu kerjakan.”

Allah menerangkan lagi dalam surah al-Najm, ayat 42

Maksudnya,
Dan hanya kepada tuhanmu kesudahan segala sesuatu.”

Allah berkata lagi di dalam surah al-Alaq,ayat 8,

Maksudnya,
“Sesungguhnya hanya kepada tuhanmu tempat kembalimu.”

Ayat-ayat itu menyatakan, kesudahan manusia itu dikembalikan kepada ALLAH. Mereka akan dihitung dan mendapat balasan atas amalan mereka di dunia. Seterusnya ditentukan tempat yang sewajarnya bagi diri masing-masing. Sesiapa sahaja yang bersih jiwanya dengan iman dan amal soleh, dijanjikan syurga. Manakala kepada sesiapa yang kotor jiwanya dengan kufur dan maksiat, balasannya adalah neraka. Wallahua’lam.